BERITA HARAPAN

Petani wajar contohi China, Jepun

JIKA China dan Jepun yang mempunyai jumlah penduduk lebih ramai daripada Malaysia boleh menghasilkan keluaran makanan mencukupi, kenapa tidak Malaysia?

Tidak mustahil petani, peladang dan nelayan tempatan di negara ini mampu mengamalkan kaedah digunakan dua negara itu bagi meningkatkan hasil keluaran makanan, sekali gus mengurangkan kadar import makanan ke Malaysia.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada petani di Langkawi.

Tun M menyampaikan benih kelapa pandan kepada penduduk.

Beliau mahu golongan petani, peladang dan nelayan fokus kepada potensi untuk untuk mengeluarkan hasil lebih tinggi bagi meningkatkan pendapatan mereka, bukan hanya bergantung kepada insentif kerajaan semata-mata.

Semasa Program Ramah Mesra bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Pertubuhan Peladang (PPK), Tun M berkesempatan menyampaikan sumbangan benih pokok kelapa pandan kepada petani di sana.

4,000 benih pokok kelapa pandan itu adalah peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kepada 1,000 petani di seluruh Langkawi.

Penerima benih kelapa pandan gembira menerima bantuan kerajaan.

Walaupun dilihat kecil, namun sumbangan itu besar ertinya. Bak kata Tun M, balik, tanam dan tunggu hasilnya!

Kata-kata itu sebagai satu rangsangan dan menjadi pencetus kepada satu sumber rezeki baharu dalam bidang pengeluaran kelapa pandan kepada penduduk setempat.

Usaha itu juga secara tidak langsung dapat mengindahkan persekitaran Langkawi sebagai pulau pelancongan.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/petani-wajar-contohi-china-jepun-1.894829


Akaun hasil disatukan naik 7 kali ganda dalam 4 bulan

Kerajaan Pakatan Harapan membuktikan kecekapan pengurusan kewangan apabila berjaya meningkatkan sebanyak tujuh kali ganda dalam Akaun Hasil Disatukan iaitu RM3.25 bilion dalam tempoh hanya empat bulan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan berjaya meningkatkan jumlah daripada RM450 juta pada 30 April 2018 yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional kepada RM3.70 bilion pada 31 Ogos 2018.

Hasil untuk tempoh empat bulan, iaitu Mei-Ogos 2018 meningkat sebanyak RM1.70 bilion daripada RM71.88 bilion kepada RM73.58 bilion.

“Manakala perbelanjaan pengurusan bagi tempoh Mei-Ogos 2018 telah susut sebanyak RM12.96 bilion daripada RM83.29 billion kepada RM70.33 bilion.

“Lebihan dalam baki akaun semasa berjumlah RM3.25 bilion telah membantu Kerajaan Persekutuan mencatatkan baki Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM3.70 bilion pada 31 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata peningkatan itu menjelaskan cara kerajaan Pakatan Harapan mendapatkan dana yang memadai untuk memastikan pentadbiran kerajaan Persekutuan berjalan lancar termasuk membayar gaji dan pencen bulanan sebanyak RM8 bilion.

“Kerajaan mahu membuktikan yang sebuah kerajaan bersih bukan sahaja dapat membebaskan Malaysia yang dikenali sebagai sebuah kleptokrasi global tetapi juga membantu kita dapatkan sumber kewangan yang baharu,” katanya.

Lim menegaskan bahawa baki Akaun Hasil Disatukan sehingga April 2018 adalah sebanyak RM450 juta yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Sebelum ini, Lim mendakwa penyusutan sebanyak 96 peratus atau RM11.41 bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan untuk tempoh bermula 31 Disember 2017 sehingga 30 April lalu disebabkan perbelanjaan boros kerajaan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

- Bernama

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/448206


MANIFESTO PAKATAN HARAPAN

KIT MANIFESTO




KIT KEMPEN DIY PAKATAN HARAPAN


PAKATAN HARAPAN DIY KEMPEN PRU 14

Klik link dibawah untuk mendapat bahan-bahan kempen PAKATAN HARAPAN antaranya BROCHURE, FB PROFILE, HASHTAG, STICKER, PANDUAN PENGUNDI, VIDEO dan AUDIO.


AKU NETIZEN

Ini adalah satu kempen memberi peluang dan ruang buat Netizen untuk berkongsi hasil karya masing-masing untuk di muat naik pada halaman rasmi Pakatan Harapan ini. Setiap karya yang diterima akan dipaparkan buat tayangan dan juga dikongsikan buat umum.


DAFTAR MINAT