KIT KEMPEN DIY PAKATAN HARAPAN


PAKATAN HARAPAN DIY KEMPEN PRU 14

Klik link dibawah untuk mendapat bahan-bahan kempen PAKATAN HARAPAN antaranya BROCHURE, FB PROFILE, HASHTAG, STICKER, PANDUAN PENGUNDI, VIDEO dan AUDIO.


BERITA HARAPAN

Pakatan akan ambil tindakan undang-undang terhadap RoS minggu ini

PAKATAN Harapan (PH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada minggu ini kerana masih “belum memberikan apa-apa respons” terhadap status pendaftaran gabungan empat parti itu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH itu berkata mereka akan bawa perkara ini ke mahkamah agar RoS memberikan jawapan dan melihat kepada permohonan untuk mendaftarkan gabungan itu.

“Langsung tiada apa-apa respons daripada RoS. Walaupun kita bertanya kepada mereka, mereka tetap tidak menjawab ,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Petaling Jaya hari ini.

“Kita tidak boleh kata mereka menolak kerana mereka masih lagi belum tolak, tetapi pada masa sama kita tak boleh berbuat apa-apa kerana masih belum didaftarkan.”

Dr Mahathir berkata tindakan RoS “mendiamkan diri” boleh dilihat sebagai membantu Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Adalah salah bagi jabatan kerajaan untuk bersikap berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kami juga bimbang dengan senarai pengundi, kita dapati banyak kesalahan dalam senarai pengundi.

“Dan ini juga akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir turut mengkritik sistem pengundian pos dan pengundian awal yang dilaksanakan SPR untuk PRU14.

“Kalau ini diperkenalkan, kita dapati ramai daripada orang ini mungkin memberi sokongan kepada parti kerajaan.

“Kita tahu dalam PRU13, lebih 400,000 pengundi membuat pengundian awal ataupun undi pos.

“Ini mempunyai kesan besar terhadap undi bagi parti lawan (pembangkang),” katanya.

Dr Mahathir berkata bagi PRU14, jumlah pengundi pos dan pengundi awal sudah mencecah 1 juta.

“Ini memberi peluang kepada salah guna kuasa oleh pihak-pihak tertentu supaya kemenangan akan didapati oleh pihak kerajaan.

“Inilah cara yang tidak adil dan mungkin bercanggah dengan undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan bagi menentukan kemenangan bagi parti BN,” katanya. – 20 Februari, 2018.

Sumber:https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/38880/


AKU NETIZEN

Ini adalah satu kempen memberi peluang dan ruang buat Netizen untuk berkongsi hasil karya masing-masing untuk di muat naik pada halaman rasmi Pakatan Harapan ini. Setiap karya yang diterima akan dipaparkan buat tayangan dan juga dikongsikan buat umum.


DAFTAR MINAT