MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PAKATAN HARAPAN 2018

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PAKATAN HARAPAN 2018

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PAKATAN HARAPAN buat julung kalinya akan mengadakan Majlis Makan Malam AMAL pada hari Ahad, 9 Disember 2018, 7.00 – 11.30 malam bertempat di PICC, Putrajaya.

Tujuan penganjuran Majlis Makan Malam Amal ini ialah untuk menjana kewangan PH bagi membiayai kos operasi, pengurusan dan aktivitinya.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Majlis Makan Malam Amal PH ini akan dihadiri oleh Majlis Tertinggi dan pimpinan tertinggi PH.

Untuk memastikan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat, pihak urusetia juga menjual 22 meja GOLD berharga RM7,000 setiap satu, 52 meja SILVER berharga RM5,000 setiap satu dan 71 meja BRONZE berharga RM2,000 setiap satu.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak urusetia Majlis Makan Amal PH berbesar hati sekiranya pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat bersama-sama menjual meja seperti yang dinyatakan atas semangat setiakawan menjayakan PH.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tempahan meja pihak Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi saudara Mussadeq Khalid 016-2023715 dan Puan Marina 019-2755700.

Kerjasama dan sokongan daripada Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

 

Sekian, terima kasih

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Makan Malam Amal Pakatan Harapan
Presiden Pakatan Harapan

Ahad, 9 Disember 2018
7.00 – 11.30 malam
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC

Untuk tempahan manual dan pertanyaan, sila hubungi:
Tel: 019-275 5700 - Marina, 010-522 9740 - Musaddeq
Email: marina.pakatanharapan@gmail.com